Pengambilan untuk SR INTEGRASI TAHFIZ DARUL MA’WA

Pengambilan (2016) untuk tahun 1, 2, 3 sehingga 6 telah dibuka untuk pendaftaran. Lokasi terletak di Jalan Mentari 1, Taman Mentari (berhadapan stesen minyak Teguh), Sg Lalang, Semenyih.cropped-kafa-integrasi-darul-mawa.png

Nama sekolah: SRI INTEGRASI TAHFIZ DARUL MA’WA (SRIIT)IklanTahfizPerempuan

SRIIT ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan agama dan akademik, khususnya bidang TAHFIZ.

Kurikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA).

Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al Quran.

PAKEJ PERSEKOLAHAN

– Kemudahan Pengangkutan

KURIKULUM

– Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al-Quran
– Kurikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
– Menggunakan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA)

WAKTU PERSEKOLAHAN

– 8.00 pagi – 5.00 petang ( Setiap hari Isnin hingga Khamis )
– 8.00 pagi – 12.30 tengahari ( Jumaat sahaja )

YURAN PENGAJIAN

Hanya RM350 sebulan (termasuk makan & minum)

Yuran Pendaftaran Pertama: RM100

Hubungi (SMS / WhatsApps) di talian 0172406423 ( Ustaz Faris ) atau 0173483166 ( Ustazah Wahida )

JADUAL ANGGARAN KOS PERBELANJAAN YURAN PENGAJIAN

 

Kafa Integrasi Tahfiz Darul Ma’wa

Alhamdulillah, pada 3 Jan 2016 ini bermulalah fasa baru penubuhan Kafa Integrasi Tahfiz Darul Ma’wa yang berpusat di Jalan Mentari 1, Taman Mentari, Sungai Machang, Jalan Sungai Lalang 43500 Semenyih.

cropped-kafa-integrasi-darul-mawa.pngKelas akan dikendalikan oleh isteri Us. Farizkhan iaitu Ust. Wahida

Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) menggunapakai kurikulum JAIS dan JAKIM. (Laman Web JAIS) Kelas ini akan bermula pada 2016 untuk pelajar wanita sahaja. Asrama disediakan untuk yang ingin belajar tahfiz. Pendaftaran telahpun dibuka mulai sekarang.

Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.

Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.

MATA PELAJARAN

Tahap 1
Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Asas Jawi dan Bahasa Arab.

Tahap 2
Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 mempunyai tambahan 4 lagi subjek yaitu Tajwid, Khat, Sirah dan Imlak.

WAKTU PERSEKOLAHAN

Sesi pagi : 7.30 pagi – 10.40 pagi
Sesi petang : 2.30 ptg – 5.45 ptg

PAKEJ PERSEKOLAHAN

Pengangkutan ke Sekolah Kebangsaan
Kemudahan Taska & Transit

YURAN PENGAJIAN

Hanya RM60 sebulan

Bagi pelajar yang ingin menjadi tahfiz, di sini juga diadakan kelas sepenuh masa atau separuh masa. (Wanita sahaja, asrama disediakan)

Hubungi (SMS / WhatsApps) di talian 0172406423 ( Ustaz Faris ) atau 0173483166 (Ustazah Wahida)

KURSUS PERSEDIAAN SPM UNTUK PELAJAR TAHFIZ

KURSUS PERSEDIAAN SPM UNTUK PELAJAR TAHFIZ

kuis4

kuus2kuis

(KEMASUKAN Mulai JANUARI  Setiap Tahun)

Pelajar Tahfiz yang ingin mengikuti SPM tidak perlu risau lagi. Kalau sebelum ini mereka rasa tercicir kerana tidak mempunyai SPM, maka mulai tahun 2012, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUISCELL) telah mengadakan satu kursus khas untuk pelajar-pelajar tahfiz bagi mengikuti kelas SPM sehingga memperolehi sijil mereka.

Program ini dijalankan atas inisiatif KUISCELL bersama Persatuan Institut Tahfiz Selangor yang merupakan cetusan idea Rektor KUIS untuk memastikan bidang sasaran seperti Perakaunan, ICT, Komunikasi dan Pengurusan bakal diisi oleh pekerja-pekerja yang mempunyai Al-Quran di dada. Hasrat ini bakal direalisasikan dengan membantu persediaan SPM mereka, seterusnya pelajar ini akan disalurkan ke Pusat Asasi KUIS, selama 3 semester dalam bidang sasaran dan perlu sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda juga dalam bidang sasaran.

Kursus ini dijalankan selama 11 bulan secara intensif bagi membantu pelajar tahfiz yang tidak memiliki SPM dan akan ditaja dari sudut penginapan asrama, yuran pengajian termasuk wang sara diri selama tempoh persediaan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi, KUISCELL dan Bahagian Perhubungan Korporat KUIS.
1. Syarat kemasukan :
· minimum berumur 17 tahun
· minimum hafaz quran 15 juzuk
· tamat sekolah rendah
· menguasai kemahiran 4m
· (membaca, menulis, mengira & menghafal)

2. Bagaimana memohon? :
· Borang Permohonan (Boleh hantar melalui email / faks / pos)
· Surat Pengesahan daripada Maahad Tahfiz / madrasah / sekolah semas (pengesahan telah menghabiskan (hafaz) sekurang-kurangnya 15 juz Al-Quran)
· Salinan IC / Sijil Kelahiran.
· Sijil Tamat Sekolah Rendah
· Yuran Pendaftaran semasa mendaftar RM 500.00

3. Permohonan akan diteliti sebelum dipanggil interview. Permohonan mestilah sampai kepada KUISCELL sebelum 30 November tahun yang berkenaan
Bersama ini disertakan borang kemasukan untuk diisi dan hantar ke alamat KUISCELL.

KUISCELL.COM
Sila hubungi terus Kuiscell untuk mendapatkan maklumat lengkap dan permohonan. Pihak Tahfiz hanya menghebahkan berita baik ini sahaja.

Teruskan membaca

Pengajian Tahfiz DiIktiraf Oleh UNISEL

Alhamdulillah, sudah ada pembaharuan dalam sistem pendidikan kita. Baru baru ini Unisel (Universiti Industri Selangor) telah mengiklankan pengambilan  pelajar lulusan tahfiz iaitu “Program Fast Track SPM Pelajar Tahfiz” anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan Unisel. Kemasukan ialah mulai Jan 2013 dengan mengikuti kelas Intensif SPM 2013.

Kebiasaannya pelajar tahfiz tidak berpeluang mengikuti SPM dan tercicir daripada sistem pendidikan negara kerana mereka ingin menumpukan kepada pembelajaran al-Quran yang mempunyai sistemnya yang tersendiri. Dengan adanya peluang ini, pelajar-pelajar tahfiz boleh mengikuti SPM intensif di bawah Unisel.  Syarat-syarat kemasukan seperti dalam Iklan ini.

Iklan Kemasukan ke Unisel Bagi Pelajar Tahfiz

PENGAJIAN TAHFIZ DIBUKA.

Salam,

InsyaAllah pengajian akan diteruskan pada bulan  Mac, 2012 ini.  2 orang guru telah dipilih untuk mengendalikan kelas iaitu Us. Fauzi dan Us Hafifi dari Taman Seri Haneco. Pelajar hendaklah berumur 13 tahun ke19 tahun dan asrama disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan ini.

Para pelajar – murid atau orang dewasa boleh mendaftar di web ini atau email ke zahidana@yahoo.com atau boleh menghubungi terus no telefon yang tertera:  Us.  Fauzi 019-6455765  atau Us. Hafifi 017-3103600 untuk mendaftar. Bayaran yang dikenakan ialah RM200 tidak termasuk tempat tinggal (boleh dibincang menurut kemampuan keluarga).

Pengajian ialah sepenuh Masa (cuti sabtu dan ahad). Waktu pengajian ialah antara 5.00 pagi hingga 10.30 malam

Banner Iklan Kemasukan ke ITS.

Ini adalah banner yang digunakan untuk kemasukan ke ITS yang digunakan pada bulan Jun 2009 dahulu..

Kelebihan Al-Quran dan Penghafaz

FADHILAT AL QURAN

SYAIKHUL HADITH HAZRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA

HADITH 1
Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

HADITH 2
Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

HADITH 3
Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan menyukainya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud)

HADITH 4
Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

HADITH 5
Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah swt) siang dan malam.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)

HADITH 6
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca alQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca alQuran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)

HADITH 7
Hazrat Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina ramai orang dengannya.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 8
Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya (daripada rahmatNya).”
(Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)

HADITH 9
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 10
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)

HADITH 11
Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

HADITH 12
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar.”
(Riwayat Darimi)

HADITH 13
Hazrat Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.”
(Riwayat Tirmizi & Ahmad)

HADITH 14
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Belajarlah dan bacalah al-Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 15
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun alQuran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)

HADITH 16
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca alQuran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 17
Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang bunting dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada unta betina yang bunting dan besar serta gemuk.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 18
Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan) mendapat seribu darjat pahala dan membaca alQuran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 19
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 20
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.”
(Dipetik dari kitab al-Hilyah)

HADITH 21
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa adalah asas bagi segala amalan”. Aku berkata lagi, “Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda, “Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).”
(Riwayat Ibnu Hibban)

HADITH 22
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di dalam salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka. Rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebutmenyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.”
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

HADITH 23
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada suatu perkara pun yang dapat mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada Allah swt lebih afdal daripada perkara yang telah keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.”
(Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)

HADITH 24
Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah swt dan orang Allah swt yang istimewa.”
(Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)

HADITH 25
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah swt tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.”
(Riwayat Bukhari)

HADITH 26
Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca al-Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi.”
(Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 27
Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai ahli-ahli al-Quran, jangan kamu membantalkan alQuran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. Dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana alQuran mempunyai ganjaran yang besar (pada hari akhirat).”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 28
Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku telah diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat, ‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai ganti Injil, dan aku telah dilebihkan dengan ‘Mufassal’.”
(Riwayat Ahmad dan al Kabir)

Sab’a Mi’in Mathani Mufassal

= tujuh surah pertama (tujuh surah terpanjang) = sebelas surah berikutnya (surah yang mengandungi seratus ayat) = dua puluh surah berikutnya (surah-surah yang berulang-ulang) = surah selebihnya (yang dijelaskan)

HADITH 29
Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan , “Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik yang lain kerana tidak mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca al-Quran kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami. Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan bacaan. Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah swt yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, “Rasulullah s.a.w duduk ditengah-tengah kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda s.a.w memanggil kami dengan insyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi Baginda s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“ Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin, bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat , kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”

(Riwayat Abu Daud)

HADITH 30
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)

HADITH 31
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara sembunyi.”
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)

HADITH 32
Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan alQuran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 33
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya’. AlQuran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)

HADITH 34
Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt melainkan al-Quran, bukan nabi bukan juga malaikat dan lain-lain.”
(Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)

HADITH 35
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang jahil sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.”
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

HADITH 36
Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran sematamata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada solah semata-mata kerana Allah swt. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya”
(Riwayat Tabarani)

HADITH 37
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.”
(Riwayat Ibnu Majah)

HADITH 38
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat (daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 39
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang menjaga solah-solah fardu tidak akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai. Sesiapa membaca seratus ayat dalam satu malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang yang taat).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 40
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa banyak fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w bertanya, “apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab, “Kitab Allah swt.”
(Riwayat Ruzain)

PERINGATAN
Setiap hadith yang didatangkan, mempunyai huraian dan keterangan yang jelas mengikut kehendak hadith. Keterangan ini boleh didapati di dalam kitab asal hadith-hadith ini dipetik.