Maklumat Institut Tahfiz Semenyih

Instititut Tahfiz Semenyih telah ditubuhkan di Taman Semenyih Impian, Semenyih, Selangor.  Institut ini mendaftarkan pelajar pelajar lelaki berumur 13 tahun ke atas yang berminat untuk mempelajar tahfiz secara bersistematik dan terancang dibawah bimbingan guru yang bertauliah.

Tempat Pengajian Tahfiz

Tempat Pengajian Tahfiz yang dicadangkan pada peringkat awal tetapi  telahpun berpindah ke tempat baru

Institut Tahfiz Semenyih  mengadakan kelas tahfiz al Quran Mulai Mac, 2012 di Taman Semenyih Impian, Semenyih. Syarat kemasukan ialah boleh membaca al Quran dan berumur melebihi 13 tahun.

Tujuan diadakan bukan bermotif untuk keuntungan tetapi meningkatkan martabat al Quran sebagai rahmat untuk seluruh manusia dan alam. Banyak sekali rahmat bagi org yang menghafaz al Quran, salah satunya ialah melepaskan kerabatnya dari api neraka.

Pada waktu ini pembelajaran tahfiz dijalankan di Surau Al Ehsan, Taman Seri Haneco, Semenyih, Bagi yang berminat untuk belajar tahfiz sila hubungi, Us.  Fauzi 019-6455765  atau Us. Hafifi 017-3103600 untuk mendaftar.. Terima kasih.

iamge 4

24 responses to “Maklumat Institut Tahfiz Semenyih

  1. assalamulaikum nak tanya taman semenyih impian d mana. kalau melalui jalan kajang ke seremban. tk

    • Kalau dari Kajang setelah sampai ke pekan Semenyih, apabila jumpa masjid, ikut ke kiri iaitu Jalan ke Sungai Lalang. Jarak sejauh 5 km ke dalam, anda akan jumpa Taman Semenyih Impian.

  2. siti noorlathantie khan

    Assalamualaikum, saya nak bertanya. Adakah sekolah berasrama tahfiz di daerah yang berdekatan dengan mantin untuk pelajar lelaki bermula umur 7tahun di adakan. Saya ingin menghantar anak lelaki saya yang mana ia lebih peka ke arah ayat-ayat al-quran kerana ditakuti jika tidak dipraktikkan ianya akan hilang bergitu sahaja. Terima kasih.

  3. salam..saya ingin bertanya:
    jika seseorang itu berminat tetapi beliau tidak pandai baca al-quran apakah beliau tidak layak.?
    bagaimana cara memohon/?
    sekian..

  4. Assalamualaikum, saya nak bertanya. Adakah Institut Tahfiz Semenyih mengambil pelajar lelaki berumur 10 tahun, Saya ingin menghantar anak lelaki saya yang mana ia adalah seorang pelajar tahfiz di KL, memandangkan saya akan berpindah di Tmn Sri Tanjung, Semenyih. Terima kasih

  5. Zainurita jantan

    Assalamualaikum, adakah pelajar diwajibkan tinggal di asrama. Saya berminat menghantar anak tapi saya akan hantar dan ambil seperti menghantar pergi kelas tiusyen. adakah dibolehkan?

  6. salam..
    khaifa halukum semua.
    ana salah seorang penghuni baru taman semenyih impian rasa terharu sebab di kawasan ana ada pengajian kelas tahfiz Al-Quran.. mudah2 an dgn cara ini dapat memartabatkan lagi Al-Quran di mata dunia… dan seterusnya semua umat islam hari ini dapat mengetahui isi kandungan yg terdapat dalam Al-Quran sekiranya kita serius belajar Al-Quran…
    cadangan ana : wujudkan satu lagi kelas tahfiz Al-Quran untuk muslimah/perempuan

  7. InsyaAllah, cadangan mungkin boleh dilaksanakan kerana sudah ada 2 guru yang sanggup mengajar. t kasih

  8. salam alaik…di pusat tahfiz semenyih ini ada x kelas untuk pelajar muslimah yang ingin mendalami ilmu ini…

  9. assalamualaikum..
    macam mana yuran pendaftaran dan bulanan?
    syukran

  10. assalamualaikum saya nak tanya berapa umur maksimum untuk belajar di tahfiz ini? klu org dewasa yang berumur sekitar 20 an nak mendalami al-quran boleh joint ke?harap sudi respon.

  11. Salam, untuk budak berumur 8 tahun boleh hantar?

  12. Ok. Tq

  13. salam…..berapa lama pelajar tahfiz perlu berada utk belajar

  14. Sila hubungi Us. Fauzi 019-6455765, atau Us. Hafifi (Taman Haneco) 017-3103600 untuk pertanyaan bayaran

  15. umur 22 tahun , tidak mempunyai sijil pmr dan spm , boleh ke mendaftar ?

  16. Selain dari hafalan quran, adakah di ajar subjek-subjek diniah atau pengajian kitab atau subjek akademik? atau adakah hafalan quran semata, sepenuh masa? Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar asarama – makanan? katil? almari? berapakah kapasiti maksimum jumlah pelajar yang boleh diterima dan berapakan ratio guru-pelajar? Terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s